Thursday 11 August 2016

Persoalan Kepada Diri

Setiap manusia itu akan tertanya-tanya. Akan ada dan timbul pelbagai persoalan dalam diri dan kehidupannya. Ada yang bersuara dan meluahkannya. Melalui pembacaan, pengembaraan, mahu pun perkongsian dan perbincangan. Atau melalui apa sahaja perkara yang dirasainya bakal menemukan jawapan kepada perkara yang dicari.
Namun, ada juga yang berlalu pergi begitu sahaja. Mengikut dan meneruskan kebiasaan yang menjadi ikutan kebanyakan manusia. Tanpa mencari dan menemukan jawapan kepada seribu satu persoalan itu tadi 

Monday 4 July 2016

Masih Di Sini

Masih terfikir. Masih tercari-cari.


Makna diri dan makna kehidupan itu sendiri. Apakah makna hidup ini bagimu? Apakah yang memberi makna dalam kehidupanmu ini? Apakah yang diharapkan dalam sebuah kehidupan yang sementara ini? Apakah yang ingin engkau capai dan kecapi?



Setiap perkara diperhatikan. Ditempuh dan dijalani sehari harian. Lalu, apakah yang engkau perolehi daripadanya?  Kenapa begitu dan begini? Mengapa mesti dan tidak? Bila, kenapa, mengapa, siapa dan bagaimana?


Semuanya menjadi persoalan. Hanya engkau dirimu yang mampu merungkaikan segala persoalan yang timbul di fikiran dan benak hatimu itu.



Kehidupan. Sepanjang proses kehidupan yang dilalui, akan kau temui jawapannya. Kepada seribu satu persoalan yang ligat bermain di kotak fikiran mu.